4 TIPS PILIH HOTEL SEMASA BERCUTI

4 TIPS PILIH HOTEL SEMASA BERCUTI

Cuti sekolah dah nak mula ni,mesti ramai nak pergi bercuti kan?

kali ni cegumanes nak share dengan korang tips pilih hotel. Hotel ni penting tau,sebab kite nak berehat selepas berjalan seharian.

1) BAJET

Ya,tentukan dulu hajet lorang berapa untuk satu malam. Sekarang dah senang kan boleh guna booking.com, agoda,expedia dan traveloka. Korang boleh klik kat mana-mana web tuh,bagitau sesiap bajet korang, boleh jumpa.

2) REVIEW

Bila dah pilih hotel mana nak pergi tu,tengok pula review pelanggan yang pernah pergi ke hotel tersebut. Ada web yang sediakan jumlah  bintang,boleh la tengok berapa bintang yang hotel tuh dapat. Selalunya yang ok adalah 3 bintang ke atas.

3) TEMPAT STRATEGIK

Ok, korang dah ada senarai nak pergi ke mana-mana, contoh macam cegumanes masa travel ke Kuala Lumpur hari tuh, cegumanes sekeluarga nak ke iCITY dan Zoo Negara. Jadi, cegumanes pilih hotel yag berdekatan dan pastinya tak lalui jalan yang jem.

4) KELENGKAPAN

Pilih hotel yang cukup kelengkapan untuk keluarga korang. Kalau ada ibu menyusu, yang nak menggunakan peti ais untuk simpanan susu, pilih la yang menyediakan peti ais di bilik. Lebih mudah kan? Lebih seronok bila setiap bilik menyediakan seterika, papan seterika sendiri. Tak perlu tunggu pekerja hotel datang ke bilik. Mudahnya.

Pastikan juga hotel menyediakan parking yang selamat untuk kereta. Kalau cegumanes, memang mencari hotel yang menyediakan parking di dalam bangunan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge