AKTIVITI BERFAEDAH KETIKA CUTI SEKOLAH

7 AKTIVITI BERFAEDAH KETIKA CUTI SEKOLAH

Banyak aktiviti yang kita sebagai mak ayah ni boleh buat semasa cuti sekolah tau. Jom cegumanes senaraikan aktiviti berfaedah untuk anak-anak.

1) MELANCONG

tak kisah la di dalam atau di luar negara. Melancong ni boleh luaskan pemandangan dan mengutip pengalaman hidup. Kita boleh kenal budaya dan cara hidup orang lain.

2) MEMASAK

Bagi yang mempunyai anak yang akan ke sekolah menengah atau sudah bersekolah menengah boleh la ajar mereka memasak. Juadah yang mudah sahaja seperti memasak nasi putih,menggoreng telur pun sudah memadai.

3) KELAS MELUKIS

Jika ingin anak kreatif, boleh la hantar ke kelas melukis. Cegumanes pun tahu ada kelas melukis semasa belajar dulu. Ada kawan yang memang mak ayah dia hantar ke kelas melukis. Hasilnya? Lukisan dia memang cantik dan boleh melukis tanpa perlu tekap pada lukisan asal. Menarik.

4) KELAS BERENANG

Seperti yang disarankan oleh Rasulullah, ajarlah anak-anak dengan tiga kemahiran ini iaitu berenang, memanah dan berkuda. Berenang ni akan buat diri seseorang individu itu berdikari. Untuk itu, ibu bapa boleh lah hantar anak-anak ke kelas berenang yang berdekatan dengan rumah.

5) KELAS MEMPERTAHANKAN DIRI

Ibu bapa boleh lah menghantar anak-anak ke kelas silat ataupun kelas tae kwan do. Yang selalunya diadakan di sekolah. Kemahiran iniĀ  nampak penting di zaman ini yang nampaknya semakin tidak selamat. Selain untuk mempertahankan diri, ia juga bagus untuk memupuk sifat berani dalam diri anak-anak.

6) KELAS TAMBAHAN UNTUK SUBJEK

Ramai ibu bapa sekarang memang lebih gemar menghantar anak-anak ke kelas tambahan untuk subjek yang bakal dipelajari pada tahun hadapan. Katanya sebagai persediaan, dan anak-anak juga tidak terkejut ketika hendak memulakan pembelajaran pada tahun hadapan.

7) KELAS BACAAN AL-QURAN

Setiap hari semasa sesi persekolahan, sudah dihantar ke kelas mengaji bersama ustaz mahupn ustazah ataupun bersama ibu bapa di rumah. Waktu cuti ini bolehlah dihantar ke kelas yang lebih intensif untuk mengkaji ilmu tajwid yang kadang-kadang kita terlupa untuk mengajarkan kepada anak-anak ini.

Banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan di waktu cuti sekolah ini. Pastikan ibu dan bapa pilih aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge