7 RAHSIA LANGSING MENAWAN BUAT WANITA

7 RAHSIA LANGSING MENAWAN BUAT WANITA

Langsing dan ramping memang menjadi idaman setiap wanita. Bila berat badan dah naik, memang sukar untuk turunkan. Tapi, dengan mengikuti 7 langkah ini secara konsisten, korang mampu untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.

1) SARAPAN PROTEIN

Protein tanpa lemak akan menyebabkan korang rasa kenyang lebih lama tau. Pengambilan yogurt rendah lemak dan putih telur di waktu pagi lebih efisien untuk korang. Boleh amalkan mulai hari ini.

2) AMBIL GRAPEFRUIT

Seseorang yang mengambil grapefruit setiap kali waktu makan akan menutunkan berat badan sebanyak 1.6kg dalam masa 3 bulan. Selain itu, limau barli berwarna kuning oren juga boleh menurunkan hormon insulin yang mengawal gula dalam darah dan metabolisme lemak.

3) SENAMAN 30 MINIT SEHARI

Jika ingin langsing, senaman tidak boleh diabaikan. Lakukan senaman dengan konsisten setiap hari. Bukan perlu keluar dari rumah sampai ke taman rekreasi, di dalam rumah juga boleh melakukan senaman.

4) KENTANG KAWAL NAFSU MAKAN

Enaknya kentang bila dimakan, yang pastinya kentang yang berkhasiat adalah kentang panggang, bukannya kentang goreng. Kentang mengandungi karbohidrat yang membolehkan kita merasa kenyang. Boleh diamalkan di waktu malam.

5) KUNYAH GULA GETAH

Bagi penggemar gula getah, ini amat menakjubkan apabila dengan mengunyah gula getah korang mampu berasa kenyang sepanjang hari. Pilihlah gula getah yang rendah kandungan gula.

6) HIDU AROMA

Menariknya, patutlah di meja makan di tempat eksklusif ada bau wanila. Rahsianya vanila, epal hijau dan pisang mempunyai aroma yang booleh menurunkan berat badan secara semulajadi. Boleh jadi apabila bau 3 bahan tersebut, perut akan merasa kenyang.

7) SEDIKIT LEMAK

Bukan tak boleh langsung mengambil lemak, boleh ambil tetapi dalam kuantiti yang rendah. Disarankan pengambilan lema hanyalah 20% daripada jumlah kalori harian.

Selamat mencuba semuanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge