MINYAK URUT YANG SELAMAT BUAT BAYI

MINYAK URUT YANG SELAMAT BUAT BAYI

Macam-macam jenis minyak urut untuk bayi yang ada di pasaran sekarang. Semua katanya bagus dan selamat untuk bayi. Tapi, dalam banyak-banyak tuh, ada juga yang tinggalkan kesan tak elok untuk kulit bayi. Mungkin terlalu panas untuk kulit bayi hingga kemerahan. Mungkin berbau yang tidak menyenangkan membolehkan bayi merasa tidak selesa.

Cegumanes sendiri memang minta pandangan kawan-kawan dan saudara masa nak pilih minyak urut bayi tau. Sebolehnya tak nak guna minyak yang salah. Dari pemilik kedai barangan bayi, beliau cadangaknĀ  cegumanes guna minyak bayi AMWAY. So far, memang ok. Cuma di Muar, memang susah nak dapat, kena guna pos.

Lepas tu cegumanes bertukar kepada minyak bidara pula, alhamdulillah, yang ini pun serasi. Bau pun best, mendamaikan. Bayi pun selesa.

Tapi, hati rasa teruja, yakin dan percaya dengan minyak baby yang baru dipasarkan di Malaysia nih. Memang tiada keraguan dan cegumanes pun cecepat grab tau. Apa dia? Minyak Urut Shaklee Baby.

Minyak urut shaklee baby ni sangat lembut dan sempurna untuk mengurut bayi pada bila-bila masa terutama selepas mandi. Mengandungi minyak bunga matahari, lavender dan chamomile organik yang lembut dan penuh kasih sayang.

Kandungan yang menarik menag mengujakan. Cegumanes sudah memilikinya. Jom para ibu, pilih yang selamat untuk si comel anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge