6 POTENSI ANAK YANG IBU PERLU TAHU

6 POTENSI ANAK YANG IBU PERLU TAHU

Setiap anak mempunya sikap yang berbeza yang perlu diterima seadanya oleh para ibu da ayah seluruh dunia. Kelebihan mereka juga kekurangannya perlu kita raikan dan hargai. Yang lebih, kita pupuk dengan memberi semangat. Yang kurang, kita gilap dan berikan nasihat kepada mereka.

6 potensi berikut adalah:-

1) ANAK PENAKUT

Benar, ada anak yang sehingga sekolah rendah pun masih takut untuk mandi atau membuang air sendiri di bilik air. Jadi, ibu boleh bawa mereka pergi ke kelas berenang, seni mempertahankan diri juga kelas vokal.

2) ANAK CEREWET

Segalanya nak sempurna, ada juga anak yang begini. Jika berpakaian ingin yang memakai baju yang cantik sahaja. Ibu boleh bawa anak seperti ini ke kelas yang mengajar aktiviti konsentrasi tinggi seperti bola sepak, futsal, seni mempertahankan diri, kelas berlakon dan menyanyi.

3) ANAK PEMALU

Malu ini disebabkan anak tiada keyakinan diri. Maka, boleh bawa anak untuk bergaul bersama rakan-rakan mereka. Lakukan aktiviti bersama-sama.

4) ANAK OVER CONFIDENT

Terlebih keyakinan diri juga sukar dalam beberapa aspek. Kerana ia juga boleh memberi kekecewaan. Maka, ibu boleh bawa anak yang mempunyai sikap ini ke kelas bola sepak, tarian mahupun melukis.

5) ANAK AKTIF

Anak yang aktif ini boleh dihantar ke kelas yang menjalankan aktiviti yang banyak bergerak. Boleh dihantar ke kelas tarian dan olahraga. Mungkin anak aktif ini tidak gemar jika dihantar ke kem motivasi.

6) ANAK CEMERKAP

Anak yang sebegini boleh libatkan mereka dengan aktiviti motor halus. Contoh membina istana pasir, membina logo, juga mewarna. Ibu boleh membimbing mereka melakukan aktiviti tersebut bagi meningkatkan daya fokus mereka.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge