5 TIPS IBU MENYUSU UNTUK KURUS

5 TIPS IBU MENYUSU UNTUK KURUS

Ramai kata kalau menyusu badan, ibu akan makin mengembang, berisi, tak boleh nak kurus dan sukar untuk kurus. Nak tau tak, sebenarnya sangkaan ini salah belaka. Kenapa? Sebab cegumanes boleh dapat berat lebih ringan dari zaman sebelum berkahwin selepas menyusukan anak. Best sangat.

Antara tips yang cegumanes amalkan adalah:-

1) MAKAN SIKIT TETAPI BERULANG

Betul, lepas menyusukan anak kita akan rasa lapar, so makanlah. Jangan sampai tak makan pula. Tapi,berpada, janganlah sampai ibu hadap 3 pinggan nasi pula.

2) ELAKKAN MAKAN MALAM DENGAN MENU BERAT

Dengan kaedah ingin menyelamatkan diri, ibu gunakan alasan menyusukan anak untuk makan berat di lewat malam. Memang sangat tidak bagus, sebab di waktu malam, badan sangat kurang bergerak, jadi lemak akan berkumpul dengan cepat.

3) ELAKKAN BANYAK MINUM MANIS

Sedapnya minuman manis, memang menyelarakan. Tapi, natijahnya, lemak pun dengan gembira akan melekat di badan kita.

4) BERPANTANG AIS

Nampak kolot, tapi memang ini yang cegumanes amalkan. Pantang ais, dua tahun menyusukan anak, dua tahun juga cegumanes jauhkan diri dari ais. Tak teringin langsung, sebab fikirkan anak dan badan sendiri. Yela, ada orang tak boleh kalau tak minum ais kan. Tapi, ini semua berbalik pada diri kita sendiri.

5) SENAMAN

Betul la tuh, kena lakukan senaman, memang paling laju untuk berat turun. Buatlah senaman yang patut sahaja, tak perlu sampai ke luar rumah, dalam rumah pun boleh buat kan. Elakkan lah senaman yang melompat-lompat. Kena ingat, ibu baru lepaas berpantang, hati-hati memilih senaman di rumah.

Selamat mencuba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge