TIPS UNTUK PENGANTIN KELIHATAN ANGGUN

TIPS UNTUK PENGANTIN KELIHATAN ANGGUN

Semua pengantin ingin kelihatan menawan di hari bahagia, tak terlepas juga cegumanes sendiri. Pada cegumanes, biarlah kecantikan itu betul-betul semulajadi dan bukannya hiasan solekan semata-mata. Nampak canggung atau pelik nanti. Dan sebenarnya bagi mereka especially wanita yang jarang bersolek atau tidak pernah mengenakan solekan, memang akan kelihatan berseri-seri di majlis bahagia nanti. Percayalah.

Ok, kali ini cegumanes nak share dengan korang beberapa tips untuk korang kelihatan cantik berseri secara semulajadi di hari bahagia.

1) RAJIN SKRUB

Penting tau skrub muka nih, sebab kita nak buang segala kotoran pada wajah yang melekat. Janganlah buat skrub hari-hari, cukup sekadar 3 kali seminggu. Untuk membuang sel kulit mati.

2) MASKER MUKA

Selepas skrub, mesti buat masker. Tujuannya untuk menutup liang pori yang dah terbuka tu. Jadi, solekan korang akan tahan lebih lama tau masa hari pernikahan. Cegumanes buat masker ais hari-hari dalam seminggu sebelum majlis perkahwinan tu. Kesannya, mekap tahan lama tanpa berminyak.

3) KURANGKAN BERSOLEK

Bagi mereka yang gemar bersolek, cegumanes memang cadangkan cuba kurangka bersolek semasa hari bahagia semakin dekat. Sebab, kebanyakan pengantin yang cegumanes jumpa, memang lain nampaknya dan berseri-seri sebenarnya bila dia jarang bersolek atau tak pernah bersolek. Sebelum majlis gilang-gemilang tuh, korang cuba keluar rumah hanya menggunakan bedak nipis sahaja pada muka. Cantik kan. Tak perlu mekap yang berat.

4) KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK

Korang tahu tak makanan berminyak ni punca kepada kulit berminyak? So, lebih baik korang elakkan semasa majlis pernikahan nanti. Bukan sahaja kulit korang akan jadi cantik dan bebas jerawat, malahan berat badan pun akan turun dengan jayanya. Best tau.

5) MINUM AIR MASAK

Kurangkan ais, kurangkan manis, kurangkan minuman manis. Banyakkan minum air masak. Sebab apa? Minggu perkahwinan adalah minggu paling sibuk, kesihatan diri memang kena jaga. Elakkan minum air manis, air bergas, air berais. Jauhkan. Bila badan penat, takut badan jadi tak sihat semasa majlis pernikahan nanti. Tak syiok pula kan? Minumlah air masak banyak-banyak. Dan sememangnya minum air masak bagus untuk kulit wajah.

Selamat bercantik dan anggun di majlis nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge