14 TANDA IBU HAMIL ANAK LELAKI

14 TANDA IBU HAMIL ANAK LELAKI

Keterujaan setiap kali hamil, pasti adalah jantina si comel di dalam perut ibu. Tertanya-tanya. Lelau atau perempuan? Nak beli baju warna apa? Bantal warna apa?

Kalau lelaki selalunya memang biru menjadi pilihan,kalau perempuan pasti merah jambu untuk kelihatan comel.

Kali ni,cegumanes nak kongsi beberapa tanda untuk ibu kenal pasti bayi di dalam perut adalah lelaki.

1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’. Maksudnya keliling pinggang ibu tidak mengembang dan kelihatan bulat. Runcing sahaja ke depan. Pinggang kiri dan kanan kosong.

2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’. Ini melalui pengalaman cegumanes sendiri. Alhamdulillah. Tapi bergantung pada ibu juga ye.

3. Wajah anda berseri-seri. Yang ini tak pasti pula, sebab cegumanes dulu kulit kusam dan ada jerawat kecil.

4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil.

5. Kulit anda kering.

6. Hidung kelihatan lebih kembang. Membesar lah sikit hidung ibu.

7. Ibu mengidam makanan masin atau masak terlebih masin.

8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri.

9. Sering diserang sakit kepala.

10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan. Bila bayi dah membesar, memang terasa bayi suka berada di kedudukan mana, kiri atau kanan.

11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil.

12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus.

13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.

14.Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

Ini hanyalah ramalan semata-mata, tidak semestinya betul sepenuhnya.

Selamat menjalani keindahan semasa hamil.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge