CARA CUCI MUKA DENGAN BETUL

CARA CUCI MUKA DENGAN BETUL

Sebelum tidur, pastikan korang semua mencuci muka dengan bersih tau. Yang bersolek tuh, pastikan dah guna makeup remover dulu.

Ok, gambar di bawah ni menunjukkan cara cuci muka yang betul. Kalau tak cuci dengan bersih, cara yang salah, ia juga menjadi punca munculnya jerawat.

Semasa mencuci muka, gunakan urutan yang lembut sahaja. Jangan pula korang tenyeh dan gosok macam nak sental baju. No. Gosok dengan perlahan dan dalam urutan.

Elakan mencuci wajah dengan urutan ke bawah, buat urutan naik ke atas (ke dahi) bagi menegangkan kulit wajah. Agar awet muda.

Gunakan urutan membulat pada bahagian pipi dan juga dahi. Bahagian ini kerap melekat kotoran seperti debu dan habuk.

Celah-celah hidung dan bahagian bibir jangan dilupakan. Tempat tersembunyi begini, jika diabaikan boleh menjadi punca jerawat.

Sekitar mata juga perlu dicuci dengan bersih bagi mengurangkan masalah kedutan dan lingkaran gelap bawah mata.

Kebersihan leher jangan dilupa. Buat urutan ke atas.

Selamat mencuba.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge