5 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK KULIT SIHAT

5 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK KULIT SIHAT

Sebenarnya kulit yang sihat adalah daripada pemakanan kita. Apa yang kita makan, itulah hasilnya pada kulit kita. Menarik, cantik, menawan, licin dan bebas jerawat memang menjadi idaman para wanita, tak ketinggalan, lelaki juga suka kulit yang licin persis artis korea.

Kali ini, cegumanes ingin berkongsi 10 makanan berkhasiat untuk kulit wajah kita.

1.LEMAK IKAN

Lemak ikan mengandungi asid lemak omega 3 dan 6. Asid lemak ini akan membantu untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan, apabila perjalanan darah menjadi lancar, sel darah dalam badan akan mendapat oksigen yang mencukupi. Maka, tiada masalah liang pori terbuka, dan kuranglah masalah jerawat.

2. KACANG

Menurut Rachelle Wood, ahli gizi holistik terdaftar di Charlottetown PEI, beliau menyatakan kekurangan zink dan selenium dalam badan menjadi punca jerawat. Khasiat ini terkandung di dalam kekacang. Di dalam kekacang turut mengandungi vitamin E di mana ia membantu untuk meremajakan kulit.

3. AVOKADO

Buah ini mengandungi vitamin E dan C yang banyak. Dan keduanya memang berkhasiat untuk kesihatan kulit.

4. ANGGUR MERAH

Mengandungi antioksida yang tinggi bagi mengelakkan inflamasi pada kulit wajah sekiranya terdapat jerawat. Ini dapat mengelakkan kesan berlubang dan bekas jerawat yang kehitaman.

5. LEMON

Bukan sahaja elok dijadikan jus, tetapi juga bagus untuk dibuat masker. Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi yang membantu kulit wajah sihat dan bebas jerawat.

Jom, sama-sama amalka pemakanan yang sihat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge