7 TIPS ATASI BEKAS JERAWAT HITAM SECARA ALAMI

7 TIPS ATASI BEKAS JERAWAT HITAM SECARA ALAMI

Alahai, risaunya bila ada bekas jerawat ni. Tak tentu arah dibuatnya. Tak senang duduk kekdahya. Malu tau. Nak bersolek, kena pakai foundation lima lapis. Oh, tidak! Tak sanggup.

Dah, tak mau sedih, meh sini cegumanes share dengan korang cara paling mudah yang korang boleh buat dengan sayuran yang senang je korang peroleh untuk atasi bekas jerawat kehitaman ni.

1)TIMUN

Timun, kita makan pun kita rasa kesejukannya kan? Kalau kita letak di peti ais, lagi la terasa sejuk dan nyaman. Timun ni mengandungi zat kolagen yang sangat bagus untuk kulit. Jadinya, ia berfungsi untuk mengurangkan parut kehitaman pada wajah.

Timun juga mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Vitamin E berfungsi untuk mencegah radikal bebas yang boleh menjadi punca bekas jerawat akan kelihatan semakin gelap.

2) HAMPAS TEH

Mengandungi nutrisi seperti vitamin C, E, A, selenium, zink dan kromium yang akan membantu bekas jerawat pudar dengan cepat.

Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak juga digalakkan untuk menggunakan hampas teh hijau terutamanya bagi mengatasi masalah tersebut. Ia akan mengurangkan masalah pori-pori tersumbat.

Hampas teh turut berfungsi melindungi kulit daripada sinaran matahari kerana matahari akan membuatkan bekas jerawat akan semakin kehitaman.

3) TOMATO

Mengandungi antioksida yang tinggi dan membantu membentuk struktur kulit yang sihat dan cantik. Seterusnya memudarkan parut jerawat. Ia turut dapat memperbaiki sel-sel lama dan telah rosak kepada sel yang baru.

4) BAWANG MERAH

Membantu untuk menganjalkan kulit dan menyembuhkan luka pada kulit. Kulit yag berjerawat akan dipulihkan dan seterusnya mengurangkan parut kehitaman pada wajah.

5) PUTIH TELUR

Merupakan sumber protein yang akan membaiki sel-sel kulit yang telah mati dan rosak, dengan menggantikan dengan sel kulit yang baru. Hasilnya, parut jerawat kehitaman akan cepat hilang.

Putih telur turut mengandungi vitamin B  yang akan menggantikan sel kulit yang baru jika terdapatnya jerawat. Enzim lisozyme di dalam putih telur pula berfungs untuk mematikan bakteria penyebab bekas jerawat kelihatan hitam.

6) MADU

Mengandungi antioksida dan antiseptik yang akan mengurangkan radang pada kulit akibat jerawat.

7) LIMAU NIPIS

Bertindak untuk mengurangkan parut jerawat melalui kandungan asid sitrat. Parut jerawat akan dipudarkan dan jerawat yang tumbuh juga akan hilang jika ada.

Selamat menggunakan segala jenis bahan semulajadi ini.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge