6 PUNCA PORI WAJAH TERBUKA BESAR

6 PUNCA PORI WAJAH TERBUKA BESAR

Pori besar ni memang sukar nak ditutup. Jika ingin bermekap pun, masih tak dapat menutup cela pori wajah yang besar ini. Jom cegumanes kongsikan punca terjadinya pori wajah terbuka besar.

1) KETURUNAN

Cuba tengok, wajah ibu dan adik beradik yang lain, kalau mereka juga mempunyai masalah pori yang besar, anda juga berkemungkinan akan mengalami masalah yang sama.

2) MINYAK BERLEBIHAN

Minyak perlu untuk kulit sentiasa lembap, tetapi lebihan minyak yang terlalu banyak di muka boleh menyebabkan pori wajah terbuka besar.

3) KOTORAN

Mulai sekarang, kerapkan mencuci wajah dua kali sehari. Walau anda penat macam mana sekalipun, sila lah mencuci wajah sebelum tidur. Sewaktu kita ke luar rumah ada debu, habuk dan juga solekan yang perlu ditanggalkan dan dibersihkan. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan pori wajah tersumbat dan terbuka.

4) BAKTERIA

Secara normalnya, dalam kehidupan seharian kita, memang kulit terdedah dengan kuman dan bakteria. Sekiranya anda boleh elakkan melalui jalan yang berhabuk, elakkan. Jika anda boleh elakkan daripada terdedah dengan bakteria, elakkan. Kerana, bakteria yang melekat pad wajah, jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul akan menyebabkan pori wajah terbuka besar.

5) SINARAN UV

Sinaran uv yang membahayakan juga boleh menyebabkan pori wajah terbuka dengan besar. Kulit wajah yang terdedah dengan sinaran uv dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kanser kulit.

6) PRODUK PENJAGAAN WAJAH

Pastikan anda menggunakan produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit wajah. Produk yang tidak sesuai akan mendatangkan masalah pori wajah terbuka dan masalah jerawat. Hati-hati.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge