KISAH AJAIB COD SHAKLEE

KISAH AJAIB COD SHAKLEE

Bagi cegumanes kisah ini memang ajaib, inilah yang dikatakan sebagai miracle dalam shaklee. Ceritanya begini, mentor cegumanes ada meminta bantuan cegumanes untuk berjumpa dengan kastemer yang berurusan dengan beliau. Atas sebab kekangan masa, cegumanes dengan rela hati bersetuju untuk membantu.

Kali pertama berjumpa dengan kastemer ini, nampak kesungguhan beliau untuk membantu ibunya yang kurang selera makan. Jadi, beliau ambil mealshake untuk bantu ibu. Cegumanes turut bantu beri cadangan cara pengambilan mealshake yang betul.

Selepas seminggu, sekali lagi mentor cegumanes meminta cegumanes bertemu dengan kastemer ini, yang sama. Beliau meminta ESP kali ini. Cegumanes memang tak de stok ESP jadi cegymanes usahakan untuk mencari stok daripada pengedar berhampiran.

Malam tu, cegumanes minta beliau tunggu sebentar di Petronas Jalan Dato’ Haji Kosai, sementara menunggu cegumanes mengambil stok ESP. Sampai di tempat parking kereta, beliau serahkan bayaran, dan minta cegumanes resit. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah.

Dan yang mengejutkan, beliau serahkan RM50 sebab cegumanes dah usaha untuk carikan ESP dan sanggup keluar malam untuk serahkan barang yang diinginkan. Alahai, kalau beliau, si anak sanggup turun dari Kuala Lumpur semata-mata untuk berikan vitamin untuk ibunya, takkan cegumanes sendiri tak boleh nak usahakan yang terbaik untuk kastemer kan? pape pun, alhamdulillah, syukur atas nikmatNya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge