4 CARA IBU HAMIL TAMPIL MENAWAN

4 CARA IBU HAMIL TAMPIL MENAWAN

Ibu hamil, walaupun bergelar ibu, mesti ingin kelihatan menawan dan cantik kan? Cegumanes pun sama juga seperti korang. So, kali ni cegumanes nak share cara untuk ibu hamil tampil menawan sepanjang tempoh kehamilan.

1) MINUM AIR MASAK YANG CUKUP

Semasa hamil, sangat penting untuk para ibu mengambil air yang secukupnya. Jangan kurang. Sebab kita ada baby di dalam kandungan. Apa yang kita minum dan makan akan diberikan kepada baby juga. Untuk kecantikan kulit wajah, kita sangat memerlukan air masak yang cukup.

2) AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT.

Elakkan makanan segera, kurangkan makanan di luar. Seperti yang kita tahu, selalunya makan di luar akan ditambah dengan perisa tambahan. Di mana perisa tambahan ini bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan tubuh ibu dan baby, tetapi juga kecantikan kulit wajah.

Lebih elok jika ibu ambil vitamin C untuk kecantikan kulit ibu dan juga baby. Pilih vitamin C yang semulajadi, bukan yang sintetik.

3) LAKUKAN SENAMAN

Lakukan senaman ringan untuk melancarkan pengaliran darah dalam badan. Boleh rujuk kepada doktor untuk senaman yang boleh dilakukan. Apabila salur darah mendapat oksigen yang cukup, secara automatik, kulit akan menjadi sihat dan cantik.

4) MENCUCI MUKA

Jangan abaikan mencuci wajah dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan malam sebelum tidur. Ini bagi membersihkan kulit wajah daripada kotoran habuk dan debu. Barulah pori wajah akan bernafas dengan baik.

Boleh klik di sini untuk ketahui pencuci wajah yang sesuai untuk ibu hamil.

YOUTH BANTU WANITA KELIHATAN CANTIK

Semoga bermanfaat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge