5 KEPENTINGAN MENCUCI WAJAH YANG PERLU TAHU

5 KEPENTINGAN MENCUCI WAJAH YANG PERLU TAHU

Korang rasa penting tak mencuci wajah ni? Ke korang rasa remeh jek,lecehnya nak cuci wajah? Nanti dah terbiasa mencuci muka, kena beli pula pencuci muka. So, meh sini cegumanes nak jelaskan kenapa kita perlu mencuci wajah.

1) KUMAN MELEKAT PADA KULIT WAJAH

Haaaa, yang tak suka mencuci wajah tuh, korang kena lah faham bahawa jerawat yang keluar kat muka tuh adalah petanda kuman melekat pada wajah. Jika tidak dibersihkan, kuman akan meresap dan keluarlah jerawat yang merimaskan tuh. Pengaliran darah pada wajah pun jadi tersekat.

2) MENYEGARKAN KULIT WAJAH

Kalau badan,masa mandi, korang guna sabun untuk rasa segar kan? Macam tuh juga dengan muka, nak segar, nak bersih, kena lah cuci, tapi guna pencuci muka ye. Jangan pula guna sabun mandi nak cuci muka.

3) MEYAKINKAN DIRI

Eh, macam mana pulak mencuci wajah boleh buat diri kita berkeyakinan? Mestilah, bila kita rajin mencuci wajah, kulit wajah kita bersih, kita tak malu nak berhadapan dengan orang ramai.

4) MENGURANGKAN LEBIHAN MINYAK

Alamak, minyak kat muka dah boleh buat goreng pisang nih, aduhaiii, malu sungguh bila kena sound macam tuh. Nah, cucilah wajah korang, so lebihan minyak pada muka dapat dikurangkan.

5) MEMBERI VITAMIN PADA KULIT WAJAH

Dengan mencuci wajah, sebenarnya korang telah memberi vitamin pada kulit wajah tau. Tapi, bukan semua pencuci wajah boleh beri vitamin secara direct pada kulit wajah. Nak tau pencuci muka yang mana satu terbaik untuk kulit korang. Klik sini terus.

Sekarang, dah faham kan kenapa kita perlu mencuci wajah? Jangan pandang ringan dan enteng okeyh. Jom sama-sama kita mula menjaga kebersihan wajah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge