7 CARA ORANG KOREA MENJAGA KECANTIKAN KULIT WAJAH

7 CARA ORANG KOREA MENJAGA KECANTIKAN KULIT WAJAH

Orang Korea memang terkenal dengan kecantikan kulit wajah mereka. Bikin hati perempuan cemburu melihat kegebuan dan kehalusan kulit wajah mereka. Kali ini biar cegumanes bongkar rahsia kecantikan wajah mereka untuk anda semua.

1) Mengamalkan teh hijau

Orang Korea gemar meminum teh hijau setiap hari. Ini kerana teh hijau mempunyai antioksida yang tinggi dan bagus untuk mengelakkan masalah jerawat pada wajah.

2) Menggunakan cleansing oil.

Mereka gemar menggunakan pencuci muka berminyak untuk menanggalkan kotoran pada wajah. Suzy bae menjalankan kaedah 424 ketika mencuci wajah iaitu 4 minit mencuci menggunakan minyak selama 4 minit, 2 minit menggunakan pencuci muka berbusa dan membilas muka selama 4 minit.

3) Menggunakan toner atau penyegar selepas mencuci wajah.

Ini bagi menutup liang pori yang telah terbuka semasa proses mencuci wajah. Mereka akan sapukan toner tanpa menggunakan kapas muka agar toner dapat meresap masuk ke dalam kulit.

4) Memakai pelembap muka.

Tidak kira apa jenis kulit wajah sekalipun, pemakaian pelembap muka adalah amat dititik beratkan untuk orang Korea. Mereka memilih pelembap berasaskan minyak sayuran.

5) Melakukan senaman wajah

Senaman wajah penting untuk melancarkan sistem pengaliran darah ke seluruh wajah.

6) Gunakan masker

Paling kurang, lakukanlah seminggu dua kali. Masker berfungsi untuk menanggalkan kotoran pada wajah dengan bersih.

7) Minum air masak yang secukupnya.

Ini sudah semestinya bagi mengekalkan kelembapan kulit wajah.

Jom lakukan cara orang Korea menjaga kecantikan wajah. Mana tahu, kulit kita juga boleh halus mulus seperti mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge