4 LANGKAH BERTUKAR SKINCARE BARU

4 LANGKAH BERTUKAR SKINCARE BARU

Hai semua, sejak youth keluar di pasaran, mula lah bertanya-tanya sama ada ingin menggunakan youth atau tidak kan? tengok testimoni memang buat hati memberontak tinggalkan skincare sekarang. Tapi yang sekarang pun dah serasi, macam mana ni? Kalau tukar nanti, ok ke? Ada kesan tak kat kulit muka?

Jom cegumanes bantu anda untuk menggunakan skincare yang baru.

1) Jika sudah ada yang berkenan di hati, hentikan penggunaan skincare sekarang dalam tempoh 7-14 hari sebelum menggunakan skincare yang baru.

Ini bagi merehatkan wajah daripada sebarang kandungan dan bahan kimia yang terdapat pada skincare yang lama. Cucilah muka dengan air suam atau cucikan dengan hampas teh sahaja. Biar wajah benar-benar kosong dari sebarang kandungan pencuci muka di pasaran.

2) Biarkan wajah kosong.

Bukan setakat tidak menggunakan pencuci wajah, elakkan juga menggunakan sebarang alat solek seperti krim foundation. Jika ingin kelihatan segar, cukup sekadar menyapu bedak pada muka.

3) Jangan terkejut jika kulit muka anda keluar ruam atau jerawat kecil selepas penggunaan skincare yang baru. Ini boleh berlaku jika skincare anda yang sebelum ini mengandungi bahan kimia. Dan jika skincare yang baru pula merupakan produk berasaskan bahan semulajadi, ia akan bertentangan. Jangan risau, kerana ia hanya seketika sahaja.

4) Jika skincare sebelum ini adalah produk semulajadi, dan skincare yang baru juga adalah dari bahan semulajadi juga, tiada masalah untuk memberi tempoh rehat yang lama pada kulit wajah. Mungkin anda cuma perlu berikan masa rehat selama dua hingga tiga hari sahaja,kemudian boleh teruskan dengan penggunaan skincare yang baru.

Langkah ini semuanya bertujuan untuk mengelakkan kulit wajah terkejut dengan kandungan skincare yang baru anda gunakan. Dan ini bertujuan menjaga kulit mereka yang sensitif dengan sebarang produk penjagaan kulit wajah.

Bagi pengalaman cegumanes, cegumanes tidak mengalami masalah ketika menukar skincare lame kepada skincare baru. Terutama apabila menukar produk lama kepada youth skincare. Sebelum menggunakan youth, cegumanes menggunakan produk yang ada di pasaran kerana menunggu youth yang lama untuk sampai di Malaysia, jadi cegumanes gunakan produk di Watson. Memang ada bahan kimia, tapi dah tak sabar nak gunakan youth, hari pertama dapat, terus saja cegumanes gunakan youth. Alhamdulillah tiada sebarang masalah.

Semuanya bergantung kepada jenis kulit wajah kita juga. Ini sebagai panduan untuk anda aplikasikan jika anda ingin menukar skincare sedia ada.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge