PEMBERSIH MUKA UNTUK KULIT WAJAH SENSITIF

PEMBERSIH MUKA UNTUK KULIT WAJAH SENSITIF

Bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensitif, memang sedikit sukar untuk mencari produk penjagaan  wajah yang sesuai. Takut juga jika kita guna, kulit akan jadi semakin bermasalah, jika tidak menimbulkan masalah, ini memang rezeki. Rezeki berjumpa dengan produk yang sesuai dengan kulit wajah.

Cegumanes sendiri beribu ringgit dihabiskan untuk mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah. Ini dikira jumlah dari sekolah menengah. Nampak tak betapa  wanita ini memang suka dengan kecantikan? Bagi cegumanes kulit tidak cerah tidak mengapa, yang penting biarlah licin dan berseri. Ini sangat penting.

Baru-baru ini shaklee telah melancarkan satu produk penjagaan wajah semulajadi yang diberi nama youth. Produk ini telah menjalani lapan tahun kajian dan kemudian dipasarkan di Malaysia pada bulan Februari 2018 yang lalu. Yang menarik lagi tentang youth ini adalah ia tidak mengandungi 150 bahan kimia merbahaya untuk kulit wajah. Dan ia telah dipatenkan sesuai dengan kulit wanita Asia.

Untuk mengetahui tentang produk youth ini, anda boleh klik pautan di bawah.

Ia mengandungi tiga jenis set iaitu:-

a) starter set

b) renew and maintain set

c) intensive and treatment set

Ketiga-tiga set ini adalah bersesuaian dengan jenis kulit wajah kita. Bagi mereka yang ingin mencuba buat kali pertama, adalah lebih sesuai untuk mengambil starter set. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kulit wajah yang serius, boleh lah mengambil renew and maintain set. Dan yang bagusnya untuk mereka yang mempunyai masalah kulit wajah berjerawat dan berjeragat boleh lah mengambil intensive and treatment set.

Cegumanes teruja dengan set youth ini dan telah menggunakan intensive and treatment set. Set ini mengandungi pencuci muka, toner, serum, krim moisturizer SPF 50, krim malam dan radiance C dan E. Kesemua ini cegumanes dapat gunakan sehingga sekarang, bulan Ogos 2018. Cuma yang sudah cegumanes beli baru adalah pencuci muka dan toner youth sahaja.

Di sini, cegumanes lampirkan beberapa testimoni kulit wajah sensitif yang telah berjaya mendapat kulit yang cantik menarik dengan penggunaan youth yang konsisten.

Jika anda berminat untuk dapatkan youth, boleh hubungi cegumanes di wasap atau terus klik pautan di bawah. Cegumanes akan berikan khidmat konsultasi dan cara penggunaan youth yang betul agar dapat memberi kesan yang positif untuk kulit wajah anda.

Youth intensive and treatment set

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge