6 PUNCA JERAGAT YANG MERUNGSINGKAN WANITA

6 PUNCA JERAGAT YANG MERUNGSINGKAN WANITA

Aduh, jeragat pula. Macam mana nak hilangkan ni? Suami dah tegur kenapa muka ada tompok-tompok?Dulu kulit bersih cantik je. Kawan-kawan pula kata dah macam orang tua. Kenapa ya jeragat ni keluar?

Jeragat ini mempunyai tiga jenis yang kita perlu tahu cara untuk mengatasinya. Boleh baca di sini. Secara keseluruhannya terdapat enam punca jeragat. Ada yang boleh dielakkan, kita elakkan. Ada yang tidak boleh, kita usaha kepada alternatif lain.

1) Sinaran matahari

Seperti yang cegumanes ada beritahu dalam entri sebelum ini, sinaran UVA dan UVB memang akan merosakkan kulit wajah. Sinaran ini akan meresap masuk ke dalam kulit dan menyebabkan jeragat apabila kita tidak memakai krim pelindung UV.

2) Kehamilan

Ada juga ibu yang sedang hamil mengalami masalah jeragat. Ada yang sebelum kehamilan, kulit bersih, semasa hamil,keluar jeragat dan jeragat hilang selepas bersalin. Namun, ada juga yang berterusan mengalami masalah jeragat walaupun selepas bersalin. Jadi, penting semasa kehamilan untuk ibu-ibu mengambil nutrisi sihat bagi kesihatan kulit wajah.

3) Perubahan hormon

Ada juga yang mengatakan pengambilan pil hormon boleh menyebabkan keluarnya jeragat yang merimaskan ini. Ia berlaku kerana perubahan hormon estrogen dan progesteron dalam badan ibu. Ketidakstabilan hormon boleh mengundang jeragat.

4) Wangian

Wangian yang kita gunakan juga boleh menyebabkan masalah jeragat. Sama ada wangian semburan, roll-on, wangian pada pakaian, sabun pewangi semuanya menyumbang kepada jeragat. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah alergi dengan wangian tersebut.

5) Ubat-ubatan

Ada individu yang mengambil ubat-ubatan tetapi mengalami side effect masalah jeragat pada wajah. Mungkin jika individu tersebut berhenti untuk memakan ubat, masalah jeragat boleh dihilangkan. Dapatkan nutrisi sihat untuk masalah kesihatan jika ada.

6) Hypotyhrodism

Hormon yang rendah dalam badan boleh menyebabkan kulit mendapat jeragat. Ia bermula melalui masalah pigmentasi di mana jeragat akan semakin menebal dari hari ke hari dan sukar untuk dihilangkan.

Semoga dengan mengetahui punca jeragat ini, anda dapat mengelakkan daripada ditumbuhi masalah jeragat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge