7 CARA ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN BERKESAN (2018)

7 CARA ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN BERKESAN (2018)

Rasa nak korek jerawat tuh supaya cepat-cepat ia pergi jauh dari muka ini. Tapi boleh ke? Lagi banyak masalah datang nanti kan? Memang tension dibuatnya bila ada jerawat ni. Mana ada perempuan suka jerawat datang. Ish, merepek. Jom cegumanes kongsikan cara atasi maslah jerawat dengan berkesan.

1) Elakkan skrub wajah

Masa jerawat tu ada kat muka, elakkan kerajinan yang tinggi untuk skrub wajah. Sebab apa?Sebab kuman akan mudah merebak ke seluruh wajah dengan cepat. Elok-elok seketul je jerawat tu, jadi berketul-ketul. No no no.

2) Cuci wajah dua kali sehari

Dah ada jerawat tu, jangan lupa untuk cuci wajah dua kali sehari. Wajib orang kata. Lagi banyak jerawat, cuci lah dengan bersih. Nak elakkan muka semakin kotor yang boleh menyebabkan jerawat lagi banyak tumbuh. Nak cari pencuci wajah semulajadi. Klik sini.

3) Mengeringkan wajah dengan cahaya matahari.

Dapatkan vitamin D bagi mengurangkan pengeluaran minyak pada wajah. Sinaran biru dan merah cahaya matahari akan memberi rehat pada wajah justeru membunuh kuman jerawat yang tumbuh. Vitamin D ini akan diperoleh pada waktu pagi dalam jam 8-9 pagi.

4) Gunakan produk yang betul untuk bahagian jerawat wajah.

Jerawat akan tumbuh di bahagian tertentu anggota badan selain daripada muka. Produk yang mengandungi benzoyl peroxide hanya sesuai untuk jerawat di badan. Elakkan menggunakan produk yang mengandungi bahan tersebut untuk jerawat di wajah. Ia boleh menyebabkan masalah kulit mengelupas, terbakar dan kering. Hati-hati ya.

5) Elakkan rambut daripada menggangu kawasan wajah.

Pelik tapi benar. Rambut kita boleh menjadi punca masalah jerawat. Tambahan pula jika rambut yang mempunyai masalah. Jadi, selalulah menjaga kebersihan rambut kita. Kawasan yang paling mudah ditumbuhi jerawat akibat rambut adalah kawasan dahi dan pipi.

6) Gunakan produk penjagaan wajah  yang betul.

Semestinya, jika anda mempunyai masalah kulit wajah yang berjerawat, elakkan mengguna produk yang sebarangan. Pilih produk semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan. Pastikan ianya 100% semulajadi dan tidak akan merengsakan kulit wajah anda. Di sini ada produk 100% semulajadi. 

7) Pastikan kulit wajah sentiasa lembap.

Ya, lembap. Bukan berminyak ya. Penting untuk anda guna krim pelembap di waktu siang dan malam, tetapi elakkan penggunaan krim pelembap yang membuatkan kulit wajah anda berminyak. Wajah berminyak akan membuatkan kita merasa tidak selesa dan jerawat akan berlumba-lumba untuk tumbuh pada wajah.

Semoga dengan tips ini, dapat membantu anda untuk mengatasi masalah jerawat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge