5 CARA MUDAH MENGAWAL NAFSU MAKAN DENGAN BERKESAN

5 CARA MUDAH MENGAWAL NAFSU MAKAN DENGAN BERKESAN

Semangat nak beraya sampai terlupa akibat terlalu banyak mengambil ketupat, rendang, kuah lodeh dan sebagainya. Sedap dan enak sampai makan bertambah-tambah. Tup tup selepas seminggu, berat badan naik mencanak. Alahai, nak naik memang senang je kan, nak turunkan tuh, fulamak ai, susah kemain.

Jom, cegumanes kongsikan cara yang mudah untuk mengawal nafsu makan semasa di hari raya. Bukanlah nak kata anda perlu menahan lapar, tapi ada cara untuk anda ambil dan merasa juadah enak di hari raya tanpa perlu bertambah-tambah.

1) MENGAMBIL SARAPAN BERPROTEIN

Jangan skip sarapan, amalkan sarapan yang mengandungi protein yang tinggi supaya perut tidak mudah lapar dan akan merasa kenyang lebih lama.

2) BANYAKKAN MEMINUM AIR MASAK

Ya, jika anda banyak meminum air masak mengikut keperluan badan anda, anda akan merasa kenyang. Anda tidak akan mempunyai rasa teringin untuk mengambil makanan runcit seperti jajan, coklat dan air manis.

3) AMBIL KALSIUM YANG CUKUP

Keperluan kalsium yang cukup boleh mengawal nafsu makan anda. Minumlah susu di waktu malam dan pagi untuk mencukupkan keperluan kalsium dalam badan.

4) JALANI PROGRAM DETOX

Detox merupakan cara untuk kita menyingkirkan toksin dalam badan. Toksin dan lemak dalam badan ini boleh mendatangkan penyakit dan melemahkan badan. Program detox ini akan mendisiplinkan diri daripada pengambilan makanan serta minuman manis dan makanan yang tidak mengandungi khasiat.  Lakukan program detox yang boleh mengawal nafsu makan anda.

Seeloknya lakukan secara berkumpulan supaya mempunyai daya semangat yang tinggi. Cari mentor yang akan membantu anda dalam memberi jadual pemakanan untuk program detox. Dalam program detox, selalunya mereka akan mengambil sayur yang lebih dalam menu harian dan menjadikan buah-buahan sebagai kudapan.

5) MENGAMBIL SNEK TINGGI SERAT

Kadang-kadang perut rasa dah kenyang, tetapi mulut nak mengunyah pula. Sediakan snek yang berkhasiat berdekatan dengan anda seperti buah-buahan, oat, kurma dan sebagainya. Bukan sahaja dapat memberi rasa kenyang, tapi anda juga dapat mengawal nafsu makan.

Semoga anda berjaya mengawal nafsu makan dalam menjalani kehidupan yang sihat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge