RESEPI IKAN MASAK LEMAK PALING RINGKAS

RESEPI IKAN MASAK LEMAK PALING RINGKAS

Kali ini cegumanes nak berkongsi resepi mudah untuk anda memasak lemak. Ikan itu cegumanes gunakan ikan cencaru. Terpulang untuk anda nak gunakan ikan apa pun, cara memasaknya masih sama.

Bagi ikan goreng pula, ia bagi mengelakkan ikan hancur ketika memasak lemak. Goreng pun tidaklah sampai terlalu garing, nanti ikan akan terasa pahit apabila dimasak lemak. Jom ikuti resepi berikut.

Bahan-bahan:-

Ikan (cencaru, kembung, tenggiri, parang)

Santan kelapa

Halia, bawang merah, bawang putih, kunyit (ditumbuk)

Serai 2 batang diketuk

Cara memasak:-

1) Panaskan minyak

2) Goreng ikan terlebih dahulu

3) Setelah ikan siap digoreng, asingkan

4) Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah siap ditumbuk

5) Tumis sehingga naik bau

6) Masukkan santan

7) Masukkan ikan yang telah digoreng

8) Biarkan api kecil

9) Apabila sudah mendidih sedikit, masukkan tomato.

10) Tunggu sehingga mendidih banyak dan siap dihidangkan.

Selamat mencuba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge