RAHSIA TARIK REZEKI PERLU BUAT

RAHSIA TARIK REZEKI PERLU BUAT

Buku ini bercerita tentang kisah kehidupan kita sebagai manusia biasa yang sering khilaf dan alpa melakukan kesilapan. Kadang kita tak perasan pun, perkara yang kita lakukan itu suatu kesilapan yang boleh menyekat rezeki. Kita rasa kita bagus, kita rasa kita baik, kita rasa kita tiada dosa, tapi bila anda baca buku ini, dari sekecil-kecil perkara, anda akan sedar. Oh, patutlah selama ni susah rezeki nak masuk.

Sikit-sikit baca sentap. Betul. Memang sentap. Rasa macam ini seperti yang aku selalu buat. Ini yang salah, ini yang tak betul. Ini bagi cegumanes la. Kita tidak sama bukan.

Buku ini merangkumi lima bab utama dan diperincikan dengan formula lain. Lengkap, padat dan jitu dirasakan isi kandungan buku ini. Tak pernah sekejap rasa mengantuk itu menyinggah ketika cegumanes sedang khusyuk membaca buku ini.

Buku ini terlalu bagus untuk kita muhasabah diri. Bukannya mengeluh dengan kehidupan sehari-hari. Bukan iri hati dengan kejayaan orang lain. Kadang-kadang terselit juga rasa cemburu melihat kejayaan orang lain. Kenapa aku tak dapat? Kenapa aku lambat? Nah, segalanya diungkapkan satu demi satu dalam buku ini.

Penggunaan bahasa yang santai, seolah-olah penulisnya (Pn Nora Yusof) berada di hadapan kita. Sedang berbual dan membantu menenangkan jiwa kita yang kegusaran.

Dengan pembelian buku ini juga, kita akan diminta untuk memilih mana-mana group untuk kita hantar tugasan. Awal-awal rasa macam eh beli buku tapi ada tugasan pula. Tapi, setelah menyiapkan tugasan yang diberi, rasa suatu perubahan hidup yang berlaku. Alhamdulillah.

Bersihkan jiwa, bersihkan hati. In sha Allah mudah rezeki yang masuk.

Baiklah, cegumanes berikan link untuk anda dapatkan buku ini ya. Mereka ini semua sahabat cegumanes di medium facebook, juga tak pernah bersua. Tapi cegumanes kenal mereka, dan mereka agen kepada jualan buku 111 Formula Tarik Rezeki ini.

  1. Siti Rohani

  2. Lud Ibrahim

  3. Fazlin Roslan

Pilih lah mana yang berkenan. Semua posting mereka memang menyentuh jiwa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge