5 PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN

5 PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN

Dah ada jerawat, menjadi masalah pada kulit wajah. Jerawat hilang, timbul pula masalah parut jerawat. Memang tak ke sudah masalah jerawat ni kan? Rimasnya. Rungsingnya.

Parut jerawat ini boleh menyebabkan keyakinan diri berkurangan untuk berdepan dengan orang ramai. Ada yang sanggup pakai foundation setebal yang boleh untuk menutupi parut jerawat yang kehitaman ini. Tapi, bila dicuci, jelas kembali parut tersebut.

Jom,kali ini cegumanes kongsi petua untuk anda hilangkan parut jerawat dengan berkesan. Kita fokus kepada parut jerawat kehitaman dahulu ya.

1) Penggunaan masker

Nak hilangkan parut ni, mesti rajin bermasker. Macam-macam masker boleh diambil seperti masker kulit kayu manis, masker putih telur, masker lemon dan sebagainya. Ini contoh bagi masker yang boleh digunakan dari bahan di dapur sahaja. Boleh juga gunakan masker yang telah siap sedia ada di pasaran seperti di Watson atau Guardian. Lakukan masker dua atau tiga kali seminggu sudah mencukupi dan lihatlah hasilnya nanti. Pasti mengujakan.

2) Penggunaan minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara ini bagus dan berbeza dengan minyak kelapa biasa kerana ia tidak diproses menggunakan haba.

Titiskan sedikit minyak kelapa dara dan sapukan pada wajah. Elakkan terlalu banyak nanti muka akan rasa melekit pula. Biarkan semalaman. Lihat hasilnya jika anda konsisten menggunakan minyak kelapa dara setiap hari.

3) Penggunaan kentang

Kentang bukan sahaja boleh meutihkan gigi, tetapi juga boleh digunakan untuk meudarkan parut jerawat pada kulit wajah.

Hiris kentang nipis-nipis dan tampal pada wajah. Biarkan sehingga kentang berkeadaan kering. Kemudian, bilas wajah anda dengan air bersih.

4) Penggunaan lidah buaya

Jika mudah, ambil sahaja daun lidah buaya ini dan terus ambil lendir lidah buaya dan sapukan pada wajah. Biarkan sehingga 20 minit dan kemudian bilas wajah anda dengan air bersih. Jika sukar untuk mendapatkan lidah buaya yang asli, boleh juga dapatkan produk yang menggunakan lidah buaya untuk masker. Teruskan sapu pada wajah dan biarkan seketika. Bilas dengan air bersih.

5) Penggunaan radiance C dan E

Radiance C dan E yang mengandungi 20% pure vitamin C dan E ini sememangnya amat membantu masalah parut jerawat kehitaman. Vitamin C boleh membantu untuk mencerahkan kulit wajah.. Vitamin E pula yang kaya dengan antioksida akan memudarkan parut jerawat kehitaman. Penggunaan yang konsisten perlu dilakukan setiap hari untuk hasil yang memberangsangkan.  Klik sini untuk ketahui fungsi radiance C dan E dengan lebih lanjut.

Semoga petua ini membantu anda untuk memudarkan parut jerawat yang kehitaman di kulit wajah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge