10 TIPS BERKESAN ATASI MASALAH KULIT JERAWAT (TERKINI)

10 TIPS BERKESAN ATASI MASALAH KULIT JERAWAT (TERKINI)

Rimasnya bila ada jerawat yang muncul di wajah, rasa nak picit-picit je, walaupun tahu akibatnya nanti. Yela, mana boleh tahan bila jerawat semakin besar , kemerahan dan bernanah kan? Kalau sebiji jerawat, kalau banyak? Macam mana nak tutup kulit muka ni, alahai.  Jadi, lebih baik kita mencegah masalah jerawat melalui penjagaan kulit wajah.  Ikuti tips berikut untuk mengelakkan masalah kulit berjerawat.

1) Mencuci wajah

Walaupun ada jerawat muncul di wajah, pastikan anda mencuci wajah dua kali sehari. Jangan abaikan kebersihan wajah walaupun ada jerawat yang muncul. Dinasihatkan juga untuk tidak membuat skrub wajah ketika jerawat sedang timbul, ini akan mencederakan kulit wajah.

2) Gunakan pelembap wajah

Ramai mengatakan jika menggunakan pelembap, kulit wajah akan semakin berminyak dan mudah untuk jerawat muncul. Ini adalah salah sama sekali. Cari pelembap yang mempunyai label noncomedogenic. Jenis ini adalah sesuai untuk kulit kering, kombinasi dan berminyak.

3) Gunakan produk yang bersesuaian dengan wajah

Kebanyakan produk untuk masalah berjerawat yang berada di pasaran mempunyai benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid dan lactic acid. Asid bersifat menghakis, tetapi ia memang membantu untuk mengecutkan jerawat. Maka, gunakan produk tersebut dalam kuantiti dan kekerapan yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Jika tidak, kulit wajah akan menipis.

Klik sini untuk produk semulajadi yang mengatasi masalah jerawat dengan berkesan.

4) Pilih alat solek yang bersesuaian.

Jika kulit anda sedang mengalami masalah jerawat, elakkan menggunakan solekan yang tebal untuk menutupi jerawat. Ini boleh menutup liang pori dan kulit tidak dapat bernafas dengan betul. Penggunaan foundation, bedak dan pemerah pipi mestilah yang boleh mengelakkan jerawat daripada tumbuh. Perhatikan kandungan alat solek sebelum membeli.

5) Penggunaan produk pada rambut.

Perhatikan produk yang digunakan ada rambut kerana ia boleh menyebabkan pori wajah tersumbat. Elakkan penggunaan minyak rambut, pewangi rambut ataupun pomade. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, kerapkan mencuci rambut. Jika berambut panjang, ikat dengan kemas rambut anda dan elakkan rambut terkena kulit wajah.

6) Elakkan memegang wajah dengan tangan.

Bukan sahaja boleh menyebarkan bakteria tetapi boleh merosakkan kulit wajah. Jika ada jerawat, elakkan memicit jerawat kerana boleh meninggalkan bekas dan boleh menyebabkan jerawat semakin banyak.

7) Elakkan terdedah dengan matahari.

Sinaran UVA dan UVB daripada matahari boleh menyebabkan masalah jeragat di mana masalah yang sukar untuk dilenyapkan. Terdapat sesetengah produk yang sensitif dengan sinaran matahari. Jadi, elakkan terdedah dengan matahari sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang. Gunakan krim SPF 30 atau lebih bagi menjaga kulit daripada sinaran UVA dan UVB sama ada anda mempunyai jerawat atau tidak.

8) Beri makanan kepada kulit.

Sebenarnya kulit kita memerlukan makanan untuk kelihatan bersih berseri. Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan supaya kulit mendapat nutrisi sihat.

Klik sini untuk vitamin kulit.

9) Lakukan senaman.

Senaman akan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan termasuk kulit wajah. Apabila wajah mendapat oksigen yang cukup, maka jerawat akan sukar untuk timbul. Semasa melakukan senaman pula, gunakan pakaian senaman yang bersesuaian dan elakkan mengelap peluh dengan baju. Sediakan tuala bersih untuk mengelap wajah. Mandi dengan bersih selepas senaman.

10) Elakkan tekanan.

Tekanan boleh menyebabkan jerawat muncul. Semak semula punca tekanan yang berlaku. Dan atasi tekanan dengan tenang.

Semoga tips ini membantu anda untuk mengelakkan masalah jerawat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge