SALAM MAAL HIJRAH 1440H

SALAM MAAL HIJRAH 1440H

Alhamdulillah, hari ini kita menyambut ma’al hijrah 1440H. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun yang sebelumnya. Perubahan yang lebih positif dalam hidup, perubahan yang lebih baik dari segi sikap, kesihatan, hubungan sesama manusia dan paling utama hubungan bersama Allah.

Hijrah ini mengingatkan kita mengenai sirah Rasulullah yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Baginda meninggalkan kampung halaman, tempat dilahirkan, tempat bermulanya dakwah Islam. Penuh kesedihan untuk meninggalkan Bumi Mekah, tetapi atas perintah Allah, Rasulullah bangkit dan menuju ke Madinah.

Perjalanan dakwah Rasullullah yang penuh dengan dugaan dan liku-liku dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Tidak sedikitpun baginda mengeluh, malah terus berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah Islam. Maka, sesuailah baginda diangkat menjadi kekasih Allah.

Hijrah ini bukan sekadar sirah baginda yang ingin kita hayati tetapi lebih daripada itu. Pengorbanan baginda tentang jiwa dan raga, dilakukan semata-mata kerana umat baginda. Dan hari ini, sejauh manakah kasih sayang kita kepada baginda? Adakah sudah kita berselawat kepada baginda? Adakah kita sudah pelajari hadis-hadis baginda?Al-quran, mukjizat teragung Rasulullah, sudahkah kita membacanya hari ini?

Begitu banyak persoalan yang tak mampu kita jawab, tapi ia mampu menyedarkan kita bahawa baginda terlalu kasihkan umatnya.

Bagi cegumanes, bertukarnya tahun hijrah ini, maka pasti ada azam baru yang ingin dicapai pada 1440H nanti. Berikut adalah azam cegumanes. Mohon doa dari sahabat pembaca. Semoga dimakbulkan Allah.

1) Memiliki kamera DSLR.

2) Berjaya menghantar MIL dan FIL menunaikan umrah (trip by shaklee)

3) Bersedekah RM10 setiap hari.

Tiga impian ini ingin cegumanes capai semasa 1440H nanti. Bukan susah, bukan senang. Perlu usaha yang konsisten dan berterusan.

Semoga tahun ini lebih baik dan bersinar berbanding tahun sebelumnya. In sha Allah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge