3 TIPS PENTING UNTUK KULIT MUKA BERSIH BERSERI

3 TIPS PENTING UNTUK KULIT MUKA BERSIH BERSERI

Kita mesti suka bila kulit wajah cantik berseri dan bebas segala masalah kulit. Rasa cemburu pula bila lihat kawan-kawan memiliki kulit yang halus mulus. Kulit kita pula? Jika bertudung mahu sahaja muncungkan kedepan, supaya wajah tidak kelihatan jelas. Jadi, mari cegumanes kongsikan tips penting yang tidak boleh anda tinggalkan jika ingin dapatkan kulit yang cantik berseri.

1) MENCUCI WAJAH

Dua kali sehari memang wajib. Lebih-lebih lagi sebelum tidur. Yela, seharian wajah kita terdedah dengan udara yang kotor, asap kenderaan, debu dan habuk, jika badan terlalu letih, terus sahaja tidur, memang sengaja mengundang masalah jerawat. Pastikan anda mencuci wajah.

Bagaimana pula ingin memilih pencuci wajah yang sesuai dengan kulit?

Ketahui dahulu jenis kulit wajah sama ada berminyak, sensitif, kombinasi, kering atau normal. Seeloknya gunakan pencuci wajah yang 100% semulajadi dan bebas bahan kimia. Ini sebagai langkah keselamatan untuk kesan jangka masa panjang.

Cadangan cegumanes adalah menggunakan pencuci wajah YOUTH SKINCARE. Kerana ia sememangnya terbukti selamat, semulajadi dan berkesan.

2) SKRUB WAJAH

Seminggu dua kali atau paling tidak pun seminggu sekali mesti, mesti tau,mesti skrub wajah. Ini bagi menghilangkan kotoran degil yang melekat pada wajah. Tapi, pastikan juga kulit anda tidak sensitif dengan skrub yang digunakan. Sekali lagi, pilih yang semulajadi. Jika diperhatikan, setelah skrub wajah, wajah anda akan kelihatan lebih segar dan bermaya. Minyak yang berlebihan juga dapat dikurangkan.

3) MASKER WAJAH

Selepas membuat skrub wajah, pastikan anda membuat masker wajah bagi menutup semula pori wajah yang terbuka semasa proses skrub wajah.

Masker akan membuatkan kulit wajah terasa segar. Masa ini kulit wajah akan berehat dan menyerap manfaat daripada masker yang anda tampalkan pada wajah.

Jika ingin gunakan bahan tradisional seperti masker timun, lemon, telur boleh juga. Jika ingin dapatkan yang segera juga boleh. Anda boleh dapatkan daripada kedai rangkaian produk kecantikan seperti Watson, Guardian dan sebagainya.

Pada cegumanes, kita semua tak kira lelaki mahupun wanita memang inginkan kulit yang cantik berseri. Bebas daripada segala masalah kulit wajah. Rasa berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Selamat mencuba dan konsisten dengan tips ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge