5 KRITERIA BISNES PART TIME UNTUK INDIVIDU BEKERJA

5 KRITERIA BISNES PART TIME UNTUK INDIVIDU BEKERJA

Zaman ini, semua individu bekerja gemar mencari duit tambahan demi kelangsungan hidup. Bisnes part time merupakan suatu cara yang dikatakan boleh membantu kehidupan seseorang menjadi lebih sempurna. Segala keperluan berjaya diperoleh dan segala impian boleh dicapai dengan bisnes part time. Ikuti kriteria yang perlu anda ketahui untuk menceburi sesuatu bisnes part time.

1) MODAL YANG RENDAH

Ya, setiap bisnes memerlukan modal. Jika anda baru hendak bermula, pastikan cari yang menggunakan modal yang rendah. Seeloknya di bawah RM100. Supaya kita sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Untung dan rugi di dalam bisnes itu normal. Jika menggunakan modal yang rendah, kita tidak terlalu kecewa apabila lambat mencapai kejayaan.

2) MEMPUNYAI MENTOR YANG HEBAT

Mentor yang hebat ini bukan sekadar cakap kosong, tetapi direalisasikan dengan cara mereka membantu kita untuk berjaya dalam bisnes. Jika kita tidak tahu, mereka sedia membantu. Jika kita terjatuh, atau tidak bersemangat, mereka hadir untuk memberikan kata-kata semangat.

3) PERMINTAAN SEPANJANG MASA

Cari bisnes yang mempunyai permintaan sepanjang masa. Walaupun zaman berubah, permintaan terhadap produk kita masih dicari. Kerana ia permintaan sepanjang zaman.

Lebih jelas, cegumanes berikan contoh, tudung. Tudung tahun 2018 ini adalah lebih kepada rekaan selendang (shawl). Di awal pengeluaran, terdapat shawl lilit, kemudian pereka fesyen mengeluarkan pula shawl satu muka, kemudian dua muka. Jadi, perubahan ini adalah mengikut zaman.

4) MEMPUNYAI SISTEM

Pilih bisnes yang mempunyai sistem yang kukuh. Cara bayaran bonus, cara kiraan bonus, untung runcit dan segalanya sudah disediakan di dalam sistem. Tugas kita hanya menjual sahaja. Tak perlu kita pening fikirkan cara untuk kira bonus pada bulan tersebut.

Dengan sistem ini juga, kita boleh mendapat jualan secara 24jam dan di mana-mana sahaja. Ini penting supaya apabila kita berada di luar kawasan seperti sedang bercuti, bisnes kita masih boleh dijalankan.

5) BOLEH DIWARISI

Seronok kan kalau bisnes yang kita usahakan ini kita boleh wariskan kepada anak-anak? Hasil titik peluh kita dapat kepada anak-anak. Kita sudah sediakan satu bisnes yang mereka boleh ambil keuntungan dan gunakan untuk kehidupan mereka di masa akan datang.

Segalanya tentang kriteria bisnes di atas adalah bisnes yang sedang cegumanes jalankan hari ini. Sangat mudah, sangat senang, segalanya tersusun dalam sistem. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi cegumanes dengan klik sahaja icon wasap di sebelah kanan anda.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge