PETUA KULIT PENGANTIN BERSERI SECARA SEMULAJADI

PETUA KULIT PENGANTIN BERSERI SECARA SEMULAJADI

Tak sabar nak jadi pengantin kan? Macam tuh la perasaan cegumanes dulu. Hehehe. Tapi yang tak best tuh bila kulit wajah bermasalah. Masalah serius tau, berminyak, berjerawat. Alahai. Rasa kalau tepek make up pon confirm tak tahan lama make up tuh. Pasti nak mengelap je. Macam mana ni? Kalau boleh nak natural beauty.

Ok, godek punya godek nampaklah tips-tips semulajadi yang boleh cegumanes buat. So, memang cegumanes buat tau. Cegumanes senaraikan di bawah ye.

1) Masker ais.

Setiap malam buat, sebelum tidur, selepas bangun tidu pun cegumanes buat lagi. Balut air batu dengan tuala bersih, kemudian dap-dap kat muka. Selama 20 minit. Ini bertujuan supaya liang pori wajah mengecil dan make up akan kekal lebih lama. Best kan?

2) Skrub muka.

Cegumanes buat skrub muka untuk buang sel kulit mati pada wajah. Mula-mula wapkan muka dengan air panas. Tuang dalam mangkuk, dan agak-agak muka boleh dapat wap air tuh, so kira ok lah. Lepas tu, wapkan muka dalam beberapa minit. Kemudian skrub muka, cegumanes gunakan skrub nutriwhite masa tu (dah tak ada stok sekarang ni). Memang terkeluar habis sel-sel kulit mati yang berdaki tu. Puas rasanya.

3) Kurangkan pengambilan kafein.

Ya Allah, dah la peminat tegar kopi. Disebabkan nak cantik,terpaksa cegumanes tinggalkan kopi tau. Syukurlah, muka memang berseri-seri semasa hari pernikahan. Kenapa kena tinggalkan kafein? Sebab kafein akan buat muka nampak berusia dari dalam. Even kita pakai make up, memang nampa berusia tau. So, better kurangkan pengambilan kafein. Kafein bukan sahaja dari kopi atau nescafe tetapi juga teh.

4)  Banyakkan minum air masak.

Penting untuk kelembapan kulit wajah. Bukan berminyak tau. Jangan salah faham. Bila kulit kita lembap, kulit kita akan lambat berkedut. Haa, best kan? Bila kita banyak minum air masak, kulit kita akan cantik secara semulajadi. Dan akan bebas daripada masalah jerawat.

5) Ambil vitamin.

Kita kata, kita dah makan buah, makan sayur. Tapi, tahu kan nutrisi pada sayur dan buah itu tidak mencukupi keperluan tubuh badan kita. Sebab bila kita masak, peratus nutrisi itu sudah berkurangan. Untuk dapatkan keperluan nutrisi yang secukupnya, kita kena ambil vitamin.

Cegumanes ambil vitamin C,vitamin E, Bcomplex dan juga ESP.

Vitamin C ini penting untuk meredakan masalah jerawat. Serius, bila cegumanes ambil vitamin C, jerawat mula kecut perlahan-lahan.

Bcomplex pula kurangkan keradangan akibat jerawat. Kulit kan sakit bila ada jerawat, lagi-lagi  bila ia membesar dengan jayanya. Rasa sakit akibat jerawat itu berjaya dikurangkan dengan bantuan Bcomplex.

Vitamin E pula akan membantu mengurangkan paurt jerawat. Parut yang kehitaman ni berjaya dihilangkan perlahan-lahan. Cegumanes juga buat masker menggunakan vitamin E ini.

ESP pula akan membantu untuk memberi keperluan protein yang cukup pada tubuh badan. Bila protein dalam badan mencukupi, kulit akan semulajadi cantik dan berseri-seri.

Selamat mencuba tips di atas, semoga anda juga kelihatan cantik berseri di hari pernikahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge