PUNCA MATA PANDA YANG MERUNGSINGKAN

PUNCA MATA PANDA YANG MERUNGSINGKAN

Mata yang bersinar mampu memberi kata dua kepada usia kita, sama ada semakin berusia daripada usia sebenar atau muda daripada usia sebenar. Hati wanita pasti gembira bila dikatakan awet muda. Semuanya bermula daripada mata. Jadi, jika anda mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, dark circle,eye bag dan seangkatan dengannya, boleh ketahui punca berlaku masalah tersebut terlebih dahulu.

1) Keletihan.

Bila kita letih, badan tak bermaya, tak bertenaga, boleh memberi kesan kepada mata. Mata akan nampak letih dan kuyu.

2) Kurang tidur.

Masa tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan lingkaran gelap pada mata. Ia juga boleh menyebabkan garisan halus di sekitar mata. Dapatkan tidur yang cukup untuk mata yang sihat bersinar. Bagi orang dewasa, dapatkan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

3) Melihat komputer terlalu lama.

Masa kerja yang menghadap komputer terlalu lama boleh menyebabkan mata letih. Kerana kita perlu memandang sinaran cahaya daripada komputer. Jika boleh, kurangkan pencahayaan pada komputer.

4) Anemia.

Jika anda kurang mengambil sayuran dan buah-buahan, ia juga menjadi punca kepada masalah mata panda. Mata akan lebih mudah mendapat lingkaran gelap dan garisan halus. Ini kerana, sayuran dan buah-buahan akan melengkapkan nutrisi keperluan tubuh badan. Kulit yang sihat adalah kulit yang mendapat nutrisi yang secukupnya.

5) Dehidrasi.

Kurang meminum air masak boleh menyebabkan kelembapan kulit sekitar mata berkurangan. Ini boleh menyebabkan kedutan hingga menyebabkan anda kelihatan tua daripada usia sebenar. Elakkan daripada meminum akfein yang boleh meninggalkan kesan toksin pada sekitar mata.

6) Alergi.

Mata yang alergi dengan habuk akan kemerahan apabila digosok. Kekerapan anda menggosok mata menggunakan tangan mahupun tuala boleh menyebabkan keradangan pada mata. Semakin lama, ia menyebabkan lingkaran gelap di sekeliling mata.

7) Mencuci wajah secara berlebihan.

Kawasan sekitar mata merupakan kawasan yang sensitif, maka elakkan menggosok pencuci wajah dengan kuat pada sekitar mata. Jika anda kerap menggunakan pencuci wajah, ia juga adalah tidak elok untuk kawasan mata kerana boleh menyebabkan kulit sekitar mata menjadi kering.

Marilah kita sama-sama mengelakkan mata daripada mendapat masalah lingkaran gelap yang merungsingkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge