CARA ATASI RAMBUT GUGUR SEGUMPAL

CARA ATASI RAMBUT GUGUR SEGUMPAL

Yang, kenapa bersepah rambut kat lantai ni? Kotorlah bilik kita.

Isteri terdiam saat suami mula berkata-kata. Sah, memang sahlah. Rambut itu milik si isteri. Bukan suami, bukan juga anak-anak.

Malunya rasa bila suami tegur macam ni kan? Sebenarnya bukan dia tak tahu masalah rambut gugur ni, bukan baru, dah lama. Syampu pun dah macam-macam tukar. Tapi masalah still sama.

Ok, sekarang cegumanes nak kongsi cara mengatasi yang boleh isteri cuba untuk mendapatkan rambut yang cantik dan bebas masalah keguguran rambut.

1) Elakkan memakai serkup atau tudung jika rambut masih basah.

Khusus untuk wanita bertudung, elakkan rambut basah ketika bertudung. Ini akan menimbulkan bau busuk dan menyebabkan rambut rosak. Jika hendak pergi bekerja, semasa mandi, sanggul rambut jika panjang atau jika berambut pendek, elakkan terkena air.

2) Elakkan memakai tudung dalam tempoh yang terlalu lama.

Ya, menutup aurat itu wajib. Bukanlah bermaksud anda mendedahkan rambut demi menjaga kesihatan rambut. Tapi kan, jika bekerja,kita ada masa untuk menunaikan solat. Jadi masa ini, rambut kita akan lepas dari tudung. Berikan masa 5 minit macam tu supaya rambut dapat dianginkan. Jika anda off (haid), pergi ke surau atau masjid juga seperti waktu anda solat dan beri nafas kepada rambut anda.

3) Pilih jenis fabrik tudung yang tidak terlalu tebal.

Tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis untuk pemilihan fabrik tudung. Ini bagi memastikan rambut memperoleh oksigen walaupun kita menutup aurat dengan sempurna.

4) Lakukan senaman urutan kepala.

Anda boleh mengunjungi salun rambut untuk mendapatkan urutan kepala. Ini bagi melancarkan perjalanan darah di kepala kita. Jika anda mempunyai tukang urut atau mak bidan, anda juga boleh bertemu dengan beliau. Selalunya, beliau akan melakukan urutan kepala di akhir sesi mengurut.

5) Penggunaan syampu semulajadi.

Gunakan syampu berasaskan bahan semulajadi.Elakkan penggunaan syampu yang mengandungi bahan kimia. Bahan yang perlu dielakkan adalah paraben kerana dalam jangka masa yang lama, ia mampu memberi kesan buruk terhadap tubuh badan penggunanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge