PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH YANG MERUNGSINGKAN

PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH YANG MERUNGSINGKAN

Semua wanita inginkan kulit yang cantik berseri. Indahnya dunia bila memperoleh wajah yang cantik. Walaupun tidak cerah, tetapi mempunyai kulit wajah yang bersih dan bebas masalah menjadi idaman setiap wanita.

Setiap masalah pada wajah mempunyai punca yang perlu kita elakkan jika ingin kulit wajah yang bersih.

1) Pemakanan

Terlalu banyak mengambil makanan berminyak memang boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah terutamanya kulit berminyak. Ia tidak terhenti di sini sahaja, apabila kulit berminyak, timbul pula masalah kulit jerawat. Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan untuk melengkapkan nutrisi keperluan tubuh badan kita. Apabila tubuh mendapat nutrisi yang cukup, kulit wajah akan kelihatan cantik secara semulajadi.

2) Kurang meminum air masak.

Walaupun korang ada mengambil minuman manis, ia tidak dikira ya. Korang mesti mengambil air masak sekurang-kurangnya 2liter sehari. Kulit wajah yang mempunyai air yang cukup akan sentiasa lembap. Kulit wajah yang kering akan menyebabkan korang merasa tidak selesa dan pedih.

Cegumanes mempunyai rakan yang mengalami masalah kulit kering. Kita ingat, dia seronok sebab kulit tidak berminyak, rupanya dia terseksa. Pantang dengan matahari, pasti kulit dia mengelupas. So, banyakkan meminum air masak.

3) Kurang bersenam.

Jika anda ingin kulit yang cantik, korang mesti bersenam supaya pengaliran darah ke seluruh tubuh berjalan dengan lancar. Darah yang mengalir membawa bekalan oksigen, maka apabila korang bersenam, oksigen yang diperlukan di seluruh tubuh akan sampai. Wajah yang mendapat oksigen yang cukup akan kurang bermasalah. Kulit wajah akan dapat bernafas dengan baik.

4) Persekitaran.

Keadaan sekeliling yang berhabuk, berdebu, memang menyumbang kepada masalah kulit berjerawat. Udara yang tidak bersih ini akan menyebabkan bakteria melekat pada wajah. Jika tidak dibersihkan dengan betul, ia akan menyumbang kepada masalah jerawat.

Bagi korang yang suka bersolek, pastikan menggunakan make up remover terlebih dahulu sebelum mencuci wajah. Pastikan juga korang mencuci wajah sebelum tidur setiap hari.

5) Tidak menggunakan krim UV.

Dulu, cegumanes juga tidak mementingkan penggunaan krim UV, namun setelah dewasa, kita tahu keburukan apabila tidak memakai krim UV, so, cegumanes sekarang memang tidak tinggal krim UV. Apabila keluar rumah sahaja, memang sapu krim UV di wajah terlebih dahulu.

Sinaran UVA dan UVB ini akan menyebabkan masalah jeragat. Di mana masalah jeragat ini lebih serius berbanding masalah jerawat. Ia memang sangat sukar untuk dihapuskan. Tompok kehitaman ini akan menyebabkan wajah seseroang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Punca kepada masalah wajah ini boleh kita hindari dengan mengamalkan pemakanan dan cara hidup yang sihat. Pengunaan produk penjagaan wajah juga adalah sangat penting untuk kita ketahui isi kandungannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge