PUNCA MASALAH WHITEHEAD DAN BLACKHEAD DI WAJAH

PUNCA MASALAH WHITEHEAD DAN BLACKHEAD DI WAJAH

Bintik putih dan bintik hitam yang ada di wajah sememangnya merimaskan. Jari akan mula gatal untuk memicit, rasanya puas bila dapat lihat bintik itu keluar apabila dipicit. Korang tau tak, bintik putih dan hitam ini merupakan jerawat besar yang akan muncul bila-bila masa sahaja. Jadi, mari kita ketahui punca kepada masalah bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead).

1) Kurang meminum air masak.

Air masak sangat penting untuk tubuh badan kita kerana 58-75% tubuh badan kita terdiri daripada air. Wajah yang kering akan menyebabkan timbulnya masalah bintik putih dan hitam. Apabila air masak yang diperlukan oleh tubuh badan mencukupi, wajah akan kelihatan segar dan bebas masalah.

2) Kulit berminyak.

Ya, muka berminyak sangat mudah untuk memiliki whitehead dan blackhead. Cegumanes sendiri sudah mengalami perkara ini. Memang merimaskan. Lagi kulit berminyak, lagi banyak whitehead yang keluar, terutamanya di bahagian Tzone, dan pipi. Tabiat yang paling digemari adalah memicit whitehead tersebut, tetapi ia bukanlah mengurangkan masalah tersebut, malah lebih banyak dan tebal.

3) Tidak mencuci wajah dengan betul.

Keadaan persekitaran yang terdedah dengan asap dan debu kotor akan menyebabkan pori wajah tersumbat. Apatah lagi,jika kita tidak mencuci wajah dengan betul. Korang perlu pastikan produk penjagaan wajah korang dapat mencuci wajah dengan bersih. Klik sini untuk mengetahui rangkaian produk penjagaan wajah yang mampu membersihkan wajah korang dengan sebersihnya.

4) Alat solek yang tidak sesuai.

Memang tidak dinafikan, wanita suka bersolek untuk wajah kelihatan cantik dan menarik. Namun, sebelum itu pastikan alat solek korang itu sesuai dengan kulit wajah. Ini bagi mengelakkan kulit wajah korang mendapat masalah lebihan minyak. Minyak yang berlebihan akan menyebabkan whitehead dan blackhead mudah timbul.

5) Skrub wajah yang kasar.

Penggunaan skrub adalah diperlukan untuk menanggalkan sel kulit mati. Tetapi, pemilihan skrub yang terlalu kasar boleh menyebabkan kulit wajah rosak,dan menghilangkan agen semulajadi yang membantu untuk mengawal pengeluaran minyak dan penghasilan whitehead dan blackhead.

Jika anda mempunyai masalah whitehead dan blackhead, pastikan dulu puncanya dan atasinya dengan cara yang betul.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge