5 CIRI BISNES MENTOR WAJIB ADA

5 CIRI BISNES MENTOR WAJIB ADA

Hai semua, cegumanes bersama korang untuk ciri-ciri bisnes mentor yang perlu ada untuk korang tahu. Yela, bila nak mulakan bisnes,kita kena cari ciri-ciri yang ada seorang mentor tu. Sebab apa? Sebab kita tak nak ditinggalkan terapung-apung tanpa hala tuju. Kita nak berjaya, so kita nak ada guide dari mentor. Di sini cegumanes senaraikan ciri-ciri tersebut.

1) Ada ilmu.

Ikutlah nak bisnes apa pun, mentor korang mesti ada ilmu dalam bisnes itu. Bisnes pakaian, makanan ataupun produk kesihatan, mesti tahu, mesti ada ilmu. Bila ada customer tanya, kita boleh jawab. Kalau soalan susah sangat, kita boleh minta bantuan daripada mentor.

Bayangkan kalau korang dapat mentor yang tiada ilmu. Alamak ai, susah juga bila dapat prospek, tak tahu nak jawab apa. Contoh, apa material baju ni? Sejuk ke panas bila pakai? Korang pun dah terpinga-pinga tak tahu. Tanya mentor, mentor pun tak tahu.

2) Ada group.

Ofkos kena ada group, kat situ, mentor ajar teknik marketing, perihal produk dan kelas-kelas yang boleh kita join. Dalam group tuh pulak, ada kawan-kawan yang sama-sama nak berbisnes. Boleh tukar-tukar idea. kadang-kadang idea dari sahabat yang lain boleh membantu untuk mengembangkan bisnes kita.

3) Ada semangat juang yang tinggi.

Bila korang down, tak de semangat, mentor datang. Bagi kata-kata semangat. Niat nak bantu korang untuk berjaya. Tarik tangan korang untuk bangkit semula. Kalau mentor pun sama-sama down, baik la tinggalkan je. Buat pening kepala kita.

4) Ada sediakan poster.

Penting sangat ke poster? Penting sangat sebab kita nak iklan menggunakan poster yang ada. Untuk permulaan bisnes, mentor kena bagi poster pada kita yang baru sahaja join bisnes. Bila kita dah teror, boleh lah buat poster untuk group sendiri pula.

5) Ada personaliti.

Semestinya kita mahukan mentor yang ada personaliti yang terbaik. Bila kita tengok je dia, kita ada rasa wow, kita ada rasa kagum. Bila dia sampaikan talk, semua berebut nak dengar. Bila dia susun strategi baru, semua berebut nak join. Personaliti ni juga melibatkan pemakaian. Kita tengok mentor kemas je bila bagi talk, kemas je bila bersukan. Kita pun suka, kita pun nak ikut macam dia.

Ini adalah antara ciri bisnes mentor yang perluĀ korang cari sebelum memulakan sesuatu bisnes.

Nak join bisnes dengan cegumanes, sangat dialu-alukan. Klik terus wasap di tepi kanan korang. Terus bisik-bisik bisnes.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge