IBU HAMIL, PENTING AMBIL SUPLEMEN

IBU HAMIL, PENTING AMBIL SUPLEMEN

Anda wahai ibu yang cantik jelita menawan tertawan, sila lah ambil suplemen semasa kehamilan. “Saya tak nak makan suplemen, nanti baby besar” Ini semua adalah mitos semata-mata. Jangan terpedaya. Jom kita lihat kenapa penting ibu ambil suplemen semasa kehamilan.

1) Menjaga kesihatan ibu

Ibu berbadan dua semasa kehamilan perlu menjaga kesihatan di tahap yang optimum. Masa ini jika antibodi badan tidak kuat, ibu akan mudah terkena penyakit. Jadi, perlu untuk ibu ambil suplemen seperti vitamin C. Sebenarnya, jika ibu ambil suplemen, bayi di dalam kandungan turut mendapat khasiatnya.

2) Menjaga kulit ibu

Perubahan hormon yang berlalu semasa kehamilan boleh menyebabkan kulit ibu didatangi jerawat, jeragat, mahupun kulit kering. Ibu perlu bertenang dan menikmati momen ini.Tapi, yela mana tahan kan kalau muka penuh dengan jerawat, sedangkan sebelum hamil, muka licin berseri. Jadi, inilah masanya untuk ibu ambil suplemen. Bagi menjaga kecantikan kulit wajah ibu.

3) Menjaga kesihatan bayi

Seperti yang cegumanes sebutkan di point nombor satu tadi, pengambilan suplemen semasa kehamilan juga boleh menmberi nutrisi yang cukup untuk tumbesaran bayi yang sempurna di dalam kandungan. Pilih suplemen semulajadi yang selamat dan berkesan untuk ibu juga bayi.

4) Memberi tenaga kepada ibu

Semasa hamil, ibu akan merasa mudah letih, lebih-lebih lagi apabila masuk trimester ketiga. Mudah lapar, mudah letih, emosi juga tidak stabil, nak tidur juga tidak dapat lena. Inilah pengalaman indah bagi para ibu. Bagi mengelakkan ibu mudah letih, ibu boleh mendapatkan suplemen yang mengandungi asid folik. Pastikan ibu bukanlah memakan makanan dengan jumlah yang banyak. Berat semasa kehamilan juga perlu dijaga.

5) Memudahkan ibu di saat kelahiran

Apabila tiba masa yang cukup iaitu 9bulan 10 hari, jika ibu mengamalkan suplemen, ibu tidak akan mengalami koyakan yang besar dan mempunyai tenaga yang cukup untuk melahirkan si comel.

Selamat mengamalkan suplemen ibu-ibu hamil sekalian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge