ELAKKAN TERLALU SIBUK SAMPAI BURN OUT

ELAKKAN TERLALU SIBUK SAMPAI BURN OUT

Rasa tertekan dengan kerja yang menimbun? Mudah marah, letih dan tak keruan, tak tahu nak siapkan yang mana dulu? Haa, jangan stress orang kata, nanti burn out. Burn out ni macam kita terlalu tertekan sampai akhirnya semua kerja kita tak buat.

Jom kita semak, sama ada diri kita dah sampai tahap burn out atau belum.

Tanda-tanda diri terlalu sibuk:-

1) Kalendar kerja penuh dengan contengan.

Contengan yang bertulis kerja yang perlu dihantar, ada juga warna-warni tarikh penting.

2) Mudah mengantuk.

Alamak, semua orang senang mengantuk ni, kerja melambak lagi senang nampak katil kan? Kerja menimbun sampai dah tak larat sangat nak buka mata, haaa ini tanda terlalu sibuk.

3) Lupa nak buat aktiviti kegemaran.

Contoh, anda suka sangat memancing, bila terlalu sibuk dengan kerja, sampai lupa nak memancing.

Jadinya, apakah perkara yang kita perlu lakukan untuk atasi masalah kesibukan diri?

1) Bertenang dengan menghirup udara segar.

Kat mana nak dapat udara segar? Di taman-taman. Anda pergi berjoging, bersiar-siar. Tenangkan hati dan mata.

2) Bercuti.

Ya, pergilah bercuti. Sehari dua pun ok. Dalam Malaysia pun sudah memadai. Yela, kerja banyak kan? Pergi bercuti, sewa homestay yang menarik, dekat dengan pantai, jauh dari hiruk pikuk kota raya.

3) Beriadah

Bila beriadah atau bersukan, kita dapat lepaskan tekanan. Contoh, dengan berbasikal. Tak perlu berlumba atau memasuki pertandingan berbasikal, cuma berbasikal sambil santai-santai sahaja.

Selamat beramal, semoga kita semua bebas daripada burn out.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge