BERCUTI KE KUANTAN: GAMBANG WATERPARK

BERCUTI KE KUANTAN: GAMBANG WATERPARK

Alhamdulillah, cuti kali ini RAMINA’s family telah berkunjung ke gambang waterpark. Seronok tak terhingga dapat  melihat keriangan di wajah insan-insan kesayangan.

Kami (cegumanes, suami dan anak) bergerak dari Muar menuju ke segamat dan berhenti Lebuh Raya Kuantan-Gambang. Kami bertemu dengan keluarga mertua dari Jb di sini. Kami bersarapan dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Kami diminta untuk lewat sedikit masuk ke homestay Hani Hana kerana mereka ingin mengemas rumah yang baru sahaja disewa oleh pengunjung lain. Disebabkan hari Jumaat, yang lelaki ingin menunaikan solat Jumaat,maka kami yang perempuan ni pergi lah ke East Mall, bukan buat apa pun, tempah makanan di food court, pastu kami jalan lah ke Daiso. Wah, tak sangka menarik daiso ni. Cegumanes beli sepit baju, kot nanti nak basuh baju kat homestay kan.

Ok, dalam jam 3, kami masuk homestay. Wow sangat. Dengan autogate, dah macam sedikit jakun pun ada. Homestay ni dua tingkat tau. Memang kemas dan bersih. Cegumanes bagi 5 bintang untuk homestay ni. Parking pun luas. Boleh masuk dua kereta. Ok, klik sini untuk tempah homestay yang best nih.

Dah rehat semua, petang tu kami gerak ke Mail Ikan Bakar,lapar dah ni. Abah cadang nak pergi malam, kami nak juga pergi petang tu, bukan apa, ikut perjalanan dalam 20 minit, mana tau jem ke apa kan. Sekali betul, jem kat bandar kuantan rupanya. Apa pun syukurlah dapat makan kat situ petang tu jugak. Alhamdulillah. Ok, balik homestay, basuh baju, rehat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge